Monday, February 15, 2010

Kongsi ilmu


Kajian kecerdasan Emosi dalam kalangan remaja

Zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan cabaran, bahkan menurut ahli psikologi dalam usia remaja, banyak perubahan berlaku sma ada dari segi fizikal mental dan yang paling utama dari sedut emosi.

Merujuk kepada Erik Erikson (dalam psikologi perkembangan) manusia menghadapi tahap-tahap perkembangan dari lahir sehingglah mati. Dalam usia antara 13 hingga 20 tahun, remaja menghadapi krisis identiti.

Pihak sekolah menghadapi masalah murid ponteng, murid terlibat dengan pelbagai masalah disiplin,vandilism dan sebagainya kerana mereka berada dalam tahap krisis identiti di mana mereka perlukan bimbingan dan perhatian daripada orang dewasa. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu memberi bimbingan dan kasih sayang kepada remaja kerana mana mungkin mereka menjadi remaja yang berjaya, bersemangat , ada ketahanan jika mereka tidak mampu menguruskan emosi mereka.

Sepi seorang insan bernama Hamidah, Kak Wi, dan Mak lang

Sepi terasa apabila teringat kampung halaman yang lama kutinggalkan.
Kampung Tebing Tinggi selama Perak. Itulah kampung yang punya rahsia "aku menangis siapa tahu"

Sebuah daerah terpencil dari segala kemajuan dan pembangunan. tapi aku bahagia dan bangga kerana suasana tersebut membesarkan aku menjadi manusia. Tapi kini aku tidak dapat lagi ke sana ke rumah di batu 82, Kg tebing Tinggi, selama Perak.


Aku menangis mengenangkan kisah-kisah manis selama berada dan membesar di rumah tersebut di bawah jagaan arwah abah dan arwah emak . Walaupun aku bersekolah di asrama dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam tapi setiap kali cuti sekolah aku tetap balik ke kampung. Meriahnya pergi memancing dan berladang.Tak dapat diulang lagi... Hanya kenangan.

(thanks google)

Siapa sangka akhirnya aku tidak dapat lagi ke rumah itu...pintu rumah tersebut telah tertutup buat aku...rasa mahu meraung .....semenjak adik berkahwin, isterinya tidak membenarkan lagi kami adik beradik ke sana, jauh sekali untuk membenarkan kami bermalam, dan menghimbau kenangan lama. Kami macam menumpang.. sepatutnya dia rasa segan sebab itu rumah pusaka dan hak kami ada di sana dan dia hanya menumpang. Patut bersyukur dapat rumah pusaka dan harta-harta arwah abah dan emak yg kami tidak menuntut walau satu sen pun. Tapi itulah yang terjadi. Huhuhuhuhuhu.......

Waktu di Mekah aku menangis di hadapan kaabah memohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar kami dipertemukan semula adik beradik yang terpisah sejak perempuan tersebut menjadi keluarga kami. Aku merintih di hadapan Allah Taala..namun buat masa ini Allah belum mengabulkan doaku. puji-pujian bagi Allah dalam semua hal..

cahaya keimanan


"Cahaya Keimanan"
Kehidupan seorang Hamidah Sulaiman..

Kehidupan seorang isteri pada Ishak b. Jaafar...
Kehidupan seorang ibu pada Amalina, Ameera, Amnani, Amniha, Ameer Izzuddin dan Ahmad Irsyad...

Kehidupan seorang pelajar yang masih mencari ilmu dan mencapai cita-cita...

Kehidupan seorang pensyarah yang menyampaikan ilmu pada anak bangsanya..

Kehidupan seorang insan yang masih mencari jalan hidupnya..

Kehidupan seorang hamba yang mencari keredhaa-Nya..

andai kebahagiaan itu milikku, biarla ia kekal di situ selamanya...
dan seandainya sampai masa Allah memanggil kembali..
aku reda....
dan....mengharapkan pergiku dalam keadaan yang beriman dan
syurga menjadi milikku aminnnn.







Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Modern Home Designs